Friday, April 15, 2011

Cerita Copycat? Sapa Copy sapa?

Sapa ada nengok cita filipina The Two of Us - Tayong Dalawa yang dulu suatu ketika telah ditayangkan dekat astro prima? Citer tuh best kan? Aku memang peminat setia cita tuh. Tapi yang sayangnya, aku tak sempat pun nak tengok ending dia, in fact aku tak tau pun ada k tak ending dia disiarkan kat Astro tuh. Astro main Kecoh! Benci aku...Sangat Kesal di situ!!

Kenapa aku cakap Astro main kecoh? Sebab mulanya citer dia ditayangkan pada setiap ari isnin sampai rabu.... k khamis, not so sure sebab da lama, on jam 3-4 petang. Citer ni ditayangkan pas citer dyesebel, si duyung cun tuh! hehe. Pastu dari kol 3-4 tuh, Astro tukar gi jam 5.30-6.30. Time ni still boleh diterimapakai. Then, bila citer nih da makin rancak, makin syiok, Astro tukar cita ni gi weekend, jam 5- 6 ptg... Wuaaa..tension! Boleh layan 2 jam ja seminggu.. Time tuh da pudar sket semangat nak nengok citer nih.. tapi kekadang tuh layan gak lah..kekadang lupa.. the worst is bila Astro anjak lagi citer ni ke suatu masa yang aku pun tak pasti. Yang pastinya takda pun notis k iklan k yang cakap pasal bila waktu siaran dia. Aku tau dia still siarkan citer ni sebab aku penah terjumpa siaran nih time aku x boleh nak tido. Means apa??? Astro tayang citer ni time suma org tengah tdo! Pekejadahnya Astro nih! HUH!!

kempunan aku nak nengok actor kacak 2 org nih!

Back to our Topic : Mesti ampa heran kenapa aku dok merapu meraban pasal cerita philippine pulak nih. Hehe. Sekarang nih, aku layan gak la drama melayu kat tv3, pukul 7 tuh, Cinta Antara Kita. Sapa ada layan? hmmm, sapa ada layan dua-dua cerita di atas? Ampa ada tak rasa apa yang aku asa? Aku asa dua dua cerita tuh ada slightly persamaan lah...Mari kita renung-renungkan kat mana persamaan tuh...

1. Watak si ayah (Hairie othman- johan)
  • si ayah dalam ke dua-dua cerita ada 2 orang anak. 1 dari perkahwinan dia yang sah and 1 lagi dari hasil perbuatan dia yang haram. Anak yang x sah taraf tuh, 2-2 terjadi rite b4 perkahwinan si bapa dgn isteri dia yang sah. Dalam 2-2 cita tuh, watak si ayah xtau akan kewujudan si anak yang terhasil dari perbuatan dia yang haram tuh.
2. Watak Isteri Pertama (Dinaz)
  • both drama, watak isteri si ayah tadi tuh tersangatlah mempercayai husband lepa nih. lepa juga tersangatlah mendengar cakap ibu memasing yang jahat tuh, si azizah mahzan la tuh. Tersangat benci dgn kawan anak lepa, si Alia. Agaknya memasing da dapat rasa yang tuh anak tiri lepa.
3. Watak Perempuan ke-2 (Watie Elite)
  • dalam ke 2-2 cita watak perempuan yang mengandungkan anak tak halal tuh, lepa ada pekerjaan yang lebih kurang sama gak. drama philippine dia adalah pelacur, drama melayu dia adalah pelayan kelab malam. kiranya 2-2 pekerjaan yang bukan elok la. Lepa 2 juga sama-sama telah dikhabarkan yang org yang menyebabkan lepa pregnant tuh dah meninggal tapi masing-masing x percaya.
3. Watak nenek (Azizah Mahzan)
  • nenek si dania dalam citer melayu ni, tersangatlah bersifat jahat. dia lah nak conquer suma. Sampaikan perkahwinan anak dia pun, dia masuk campur. Dialah yang jadi mastermind dalam suma benda. Same goes to drama philippine tuh, Watak nenek yang jahat tuh adalah nenek kepada anak halal si bapa. Kiranya mak mertua bapa lepa la. Also, si nenek ni ada perniagaan kedai pasaraya.
4. Watak- watak utama
  • yang ni tukar sket. dalam drama philippine, watak utama lepa ada 2 org adik beradik lelaki tiri yang berebut seorang perempuan. Mean while kat drama melayu nih, 2org adik beradik perempuan tiri yang bakal merebut cinta seorang jejaka.
  • Dalam 2-2 citer watak yang jadi rebutan nih, dalam konteks cita melayu, si zain, datang dari kalangan kawan kepada family si dania. Tapi xda la close sangat, macam frenemy ja hubungan lepa sebab si nenek jahat tuh memang akan memporak-perandakan family si zain nih.
  • kalo tengok citer philippine pun, mula-mula adik beradik tiri nih bergaduh dulu sesama sendiri before they become a good friend.
  • lagi, si zain nih bercinta dengan dania sebab dia ingat si dania yang selamatkan nyawa dia padahal si alia nih yang selamatkan dia. same goes with philippine!
Tuh la serba sket persamaan cerita Cinta Antara Kita dengan cerita The Two Of Us tuh. Aku tak tau la citer ni ada persamaan sampai ke penghujung ke tak, sebab drama melayu nih pun tak abis lagi siaran dia kan.... So, x bole lah nak di judge kan dia. hehe. Tapi kalo perhatikan detail2 kat atas tuh, memang ada 50% gak la persamaan antara cerita tuh.

Mungkin ianya hanyalah satu kebetulan. We never know rite! Sama-samalah kita nantikan penghujungnya.. Kalo ikutkan cerita Philippine tuh, panjang gila la, memang satu-satu watak tuh dikembangkan sekembang-kembangnya, tapi kalo tak salah cerita Melayu nih, ada 24 episode ja, so mungkin kekembangan sesuatu watak tuh, kuncup sket la. Hehe.

Tapi in the end, cerita nih x abis lagi, mungkin x sama la kot penghujung dia kan.. Let's juz wait n watch. Then we judge! Kalo kita x komen, sapa g kan? hehe.

No comments:

Post a Comment